Posted by mylovemoon
at 10:48 AM on December 01, 2008
Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa
menukar, nya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita
kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman
pada tuala yang belum digunakan.
Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya
keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan
perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu
membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin
telah menurun tahap kualitinya.
Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya
dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai
konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakna tidak berkualiti
dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.
Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan
dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan
tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia,
bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita
Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan
bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas
itu ditukar pada yang baru.
Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan
ia tak perl;u ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya
kerana ia boleh membiakkan kuman.